


![]() | KUALA LUMPUR: Negara memerlukan kira-kira 700 pakar geriatrik bagi memastikan keperluan dan kesejahteraan warga tua terjamin berikutan Malaysia bakal menjadi negara tua dalam tempoh 20 tahun lagi. |
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pada masa ini hanya terdapat 21 pakar geriatrik di seluruh negara dan ia tidak dapat menampung keperluan pada masa depan. Sehubungan itu, beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan pakar geriatrik mencukupi selari dengan status Malaysia sebagai negara tua.
Bilangan warga tua di Malaysia kini mencecah 2.1 juta orang atau 7.3 peratus daripada keseluruhan penduduk. Ia akan terus meningkat kerana faktor taraf kesihatan. Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa 'Population Dynamism of Asia: Issues and Challenges Ahead' di Universiti Malaya (UM).
Persidangan selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan memahami proses demografi dan perubahan penduduk dalam konteks Asia dan menilai impak kependudukan dinamik. Shahrizat berkata, hasil dan cadangan daripada persidangan itu dan siri jelajah Dasar Keluarga Negara akan dirangka menjadi pelan tindakan strategi bagi menambah baik program kependudukan dan pembangunan pada masa depan.
Ia akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi bagi memastikan dasar sedia ada dapat ditambah baik. Mengulas mengenai penjagaan warga tua pada masa depan, Shahrizat berkata, beliau mencadangkan supaya kerajaan meningkatkan kemudahan prasarana untuk golongan itu selain memperbanyakkan pusat penjagaan harian.
Beliau berkata, kini kementerian menubuhkan 22 Pusat Jagaan Harian Warga Tua menerusi kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi manfaat kepada 16,331 orang golongan itu di seluruh negara. Baru-baru ini, kajian mendapati Malaysia bakal menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila kira-kira 15 peratus daripada jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas.
Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian
![]() | BANGI: “Selepas hampir setahun tidak bekerja tetap, saya bersyukur kerana terpilih menyertai skim ini, ” kata Siti Aisah Ahmad, 26, salah seorang daripada 378 graduan terpilih menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Tenaga Nasional |
![]() | KUALA LUMPUR - Sejumlah 4,436 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf bagi 2010 daripada jumlah keseluruhan 53,216 pelajar yang memohon bagi kemasukan ke institusi pengajian tempatan awam (IPTA) sesi |
2011/2012, tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain sekiranya mereka gagal mendapat tempat di kesemua lapan pilihan utama, walaupun mereka layak.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keputusan pemohon sendiri ketika mengemukakan permohonan menerusi borang Unit Pusat Universiti (UPU).
Prosedur permohonan membenarkan calon menyatakan persetujuan memilih sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan program yang dimohon. Jika calon ada menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan semasa mengemukakan permohonan, maka calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di IPTA yang masih ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang dipohon tanpa mengira IPTA pilihan.
Bagi calon yang memilih untuk tidak bersetuju, kementerian tidak akan mempertimbangkan untuk menawarkannya program yang lain walaupun mereka layak berdasarkan merit yang tinggi. Selain itu, beliau berkata semua permohonan rayuan hanya akan dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baru pada awal September sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di 03-8870 6000 atau faks ke 03-8870 6834 atau e-mel ke upu@mohe.gov.my.
Berita Disunting Daripada Sumber : BERNAMA
KETIKA DALAM KELAS
- NOTA YANG RINGKAS TAJUK BERKENAAN SEMESTINYA TELAH PELAJAR BUAT SEBELUMNYA.
- BERTANYALAH DENGAN GURU TAJUK ULANGKAJI YANG AKAN DI BINCANGKAN PADA P&P SELANJUTNYA.
- SELAIN NOTA SEDIAKAN JUGA SOALAN YANG BERKAITAN TAJUK
- KERJA RUMAH AKAN SERBA SEDIKIT MENGGANGGU JADUAL ULANGKAJI. OLEH ITU SIAPKAN AWAL KERJA RUMAH. SEMASA P&P BERSEDIALAH UNTUK TUMPUAN P&P.
- BAYANGKAN MASA YG
- PERKARA YANG PALING MENGGANGGU MOOD BELAJAR IALAH APABILA GURU MARAH. JADI ELAKKAN GURU JADI MARAH. PASTIKAN MOOD SENTIASA ENJOY DAN HAPPY KERANA PEMBELAJARAN LEBIH SENANG UNTUK MASUK KALAU BELAJAR ITU SERONOK
- PADA AWAL P&P PASTIKAN MOOD SENDIRI BAIK, HAPPY DAN ENJOY. ‘OFF’
CHEKLIST PERKARA YANG TIDAK PERLU ANDA BUAT SEMASA DALAM KELAS
BIL | PERKARA | TINDAKAN |
1. | BERCAKAP-CAKAP PERKARA YANG TIDAK | |
2. | MEMBUAT KERJA RUMAH SUBJEK LAIN | |
3. | BERMAIN SMS SOROK-SOROK | |
4. | MELIHAT KELUAR TINGKAP | |