Sunday, July 31, 2011

4,436 PEMOHON IPTA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK PENGAJIAN LAIN


ipta3.d

KUALA LUMPUR - Sejumlah 4,436 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf bagi 2010 daripada jumlah keseluruhan 53,216 pelajar yang memohon bagi kemasukan ke institusi pengajian tempatan awam (IPTA) sesi

2011/2012, tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain sekiranya mereka gagal mendapat tempat di kesemua lapan pilihan utama, walaupun mereka layak.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keputusan pemohon sendiri ketika mengemukakan permohonan menerusi borang Unit Pusat Universiti (UPU).

Prosedur permohonan membenarkan calon menyatakan persetujuan memilih sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan program yang dimohon. Jika calon ada menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan semasa mengemukakan permohonan, maka calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di IPTA yang masih ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang dipohon tanpa mengira IPTA pilihan.

Bagi calon yang memilih untuk tidak bersetuju, kementerian tidak akan mempertimbangkan untuk menawarkannya program yang lain walaupun mereka layak berdasarkan merit yang tinggi. Selain itu, beliau berkata semua permohonan rayuan hanya akan dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baru pada awal September sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di 03-8870 6000 atau faks ke 03-8870 6834 atau e-mel ke upu@mohe.gov.my.

Berita Disunting Daripada Sumber : BERNAMA

Wednesday, July 27, 2011

MESYUARAT MPP KALI KE-2 2011



MPP PRA-U TELAH MENGADAKAN MESYUARAT KALI KE -2 BAGI TAHUN 2011. MESYUARAT INI DIADAKAN PADA HARI RABU 27 JULAI 2011. MESYUARAT DILAKSANAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN AKTIVITI KO-KURIKULUM YANG SECARA TIDAK LANSUNG MELATIH SISWA/WI TENTANG ASPEK KEPIMPINAN DALAM ARAS PRA-U. MESYUARAT TELAH DIHADIRI OLEH EN. MUHAMAD FARED IAITU PENYELARAS MPP PRA-U DAB EN. BENJAMIN ATIN GPK KO-KUM PRA-U SMK GADONG. DALAM UCAPAN EN. BENJAMIN MENYATAKAN BETAPA PENTINGNYA MPP BERPERANAN SEBAGAI TULANG BELAKANG SEKOLAH DALAM HAL EHWAL KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM. BEBERAPA AGENDA PENTING DALAM MESYUARAT TERSEBUT TELAH MENDAPAT PERHATIAN SISWA/WI PRA-U IAITU AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2012. SEMOGA KELANSUNGAN MPP PRA-U AKAN DITERUSKAN OLEH MPP PRA-U YANG AKAN DILANTIK PADA SEPTEMBER NANTI.

MPP MENJADI URUSETIA MAJLIS MENANDATANGI BUKU REKOD
















SISWA DAN SISWI PRA-U TELAH DIAMANAHKAN SEBAGAI URUSETIA PENDAFTARAN BAGI MAJLIS MENANDATANGANI BUKU REKOD. SISWA/WI YANG TERLIBAT MEMBERI KERJASAMA YANG PENUH KOMITMEN DALAM MENJAYAKAN MAJLIS BERKENAAN. DIHARAP PADA MASA AKAN DATANG BANYAK LAGI PROGRAM YANG MELIBATKAN PRA-U SEBAGAI LATIHAN KE ARAH SISWA/WI YANG BERKARISMA

Wednesday, July 20, 2011

TIPS BELAJAR 3 BULAN TERAKHIR MENJELANG STPM


KETIKA DALAM KELAS

  1. BERIKAN TUMPUAN SEPENUHNYA KEPADA PENGAJARAN GURU. SEBAIK-BAIKNYA ELAKKAN GANGGUAN YANG SEBELUM INI KEBIASAAN PELAJAR BUAT SEPERTI:
    1. BERCAKAP-CAKAP
    2. MEMBUAT KERJA SUBJEK LAIN
    3. MENGAJAK RAKAN LAIN BERBUAL
  2. BUAT PERSEDIAAN NOTA SELENGKAPNYA SEBELUM GURU MENGAJAR.

- NOTA YANG RINGKAS TAJUK BERKENAAN SEMESTINYA TELAH PELAJAR BUAT SEBELUMNYA.

- BERTANYALAH DENGAN GURU TAJUK ULANGKAJI YANG AKAN DI BINCANGKAN PADA P&P SELANJUTNYA.

- SELAIN NOTA SEDIAKAN JUGA SOALAN YANG BERKAITAN TAJUK

  1. SIAPKAN KERJA RUMAH SEBAIK-BAIKNYA SEBELUM P&P

- KERJA RUMAH AKAN SERBA SEDIKIT MENGGANGGU JADUAL ULANGKAJI. OLEH ITU SIAPKAN AWAL KERJA RUMAH. SEMASA P&P BERSEDIALAH UNTUK TUMPUAN P&P.

  1. BANYAKKAN PERBINCANGAN MASA TERLUANG

- BAYANGKAN MASA YG ADA DI SEKOLAH ANDA GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA UNTUK BERBINCANG. NESCAYA ANDA AKAN BERASA MASA UNTUK MENGULANGKAJI MEMANG LEBIH DARI CUKUP. ‘MANUSIA BUKAN GAGAL KERANA TIADA MASA CUKUP TETAPI MANUSIA GAGAL KERANA TIDAK PANDAI MENGURUS MASA’

  1. ELAKKAN GURU MARAH

- PERKARA YANG PALING MENGGANGGU MOOD BELAJAR IALAH APABILA GURU MARAH. JADI ELAKKAN GURU JADI MARAH. PASTIKAN MOOD SENTIASA ENJOY DAN HAPPY KERANA PEMBELAJARAN LEBIH SENANG UNTUK MASUK KALAU BELAJAR ITU SERONOK

  1. PASTIKAN MOOD SENDIRI JUGA STABIL

- PADA AWAL P&P PASTIKAN MOOD SENDIRI BAIK, HAPPY DAN ENJOY. ‘OFF’ KAN SEBENTAR MOOD YANG TIDAK BAGUS DAN ‘ON’ KAN MOOD YANG BAGUS. INI BAGI MEMASTIKAN ANDA LEBIH SENANG MENERIMA PELAJARAN.

CHEKLIST PERKARA YANG TIDAK PERLU ANDA BUAT SEMASA DALAM KELAS

BIL

PERKARA

TINDAKAN

1.

BERCAKAP-CAKAP PERKARA YANG TIDAK ADA KAITAN DENGAN RAKAN LAIN

2.

MEMBUAT KERJA RUMAH SUBJEK LAIN

3.

BERMAIN SMS SOROK-SOROK

4.

MELIHAT KELUAR TINGKAP

Monday, July 18, 2011

GRADUAN BELUM KERJA DISARAN SERTAI SL1M


graduann

PUTRAJAYA: Graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian harus merebut peluang menyertai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang akan bermula Julai ini. Iklan-iklan dari beberapa

syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah kelihatan sebaik program SL1M ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Malah, ada antara iklan terbabit sudah ditutup lebih awal kerana menerima permintaan yang melebihi penawaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata iklan sudah pun dimuat turut di laman web syarikat utiliti itu di www.tnb.com.my sehari selepas pelancaran program itu. Mereka sudah mengambil 386 orang graduan. Beliau berkata kepada Bernama di Majlis Perasmian Sukan Teknikal TNB 2011

Che Khalib berkata, syarikat itu tidak menolak untuk mengambil graduan itu selepas mereka tamat mengikuti program terbabit sekiranya mereka benar-benar layak. Apa yang penting, kelulusan mereka adalah relevan kepada TNB.Mereka tidak akan mengambil graduan yang tidak mempunyai kelayakan yang betul untuk menyertai mereka.

Objektif program SL1M itu adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan. Peluang diberi untuk graduanmenimba pengalaman. matlamatnya bukan untuk diserap. Sebaik mempunyai pengalaman, mereka akan mudah mendapat pekerjaan.

Che Khalib berkata TNB memperuntukkan hampir RM80 juta bagi pembangunan sumber manusianya tahun ini. Bagi program SL1M ini, TNB memberi keutamaan kepada pemegang ijazah di dalam Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, dan Teknologi Maklumat.

Tinjauan di beberapa laman web GLC dan organisasi yang terbabit mendapati Telekom Malaysia terpaksa menutup iklan pengambilan program SL1M itu lebih awal berikutan respon yang amat menggalakkan. Iklan syarikat telekomunikasi itu sepatutnya ditutup pada 24 Jun ini.

Sementara itu, Kumpulan Maybank, dan Chemical Company of Malaysia Bhd masih membuka iklan pengambilan graduan pada tarikh yang sama yang akan berakhir pada 30 Jun dan Sirim Bhd pada 24 Jun.

Antara syarikat GLC atau organisasi lain yang mengambil bahagian ialah Affin Bank Bhd, Amanah Raya Bhd, UEM Group Bhd, UMW Holdings Bhd dan Bousted Holdings Bhd. Namun harapan masih ada kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata fasa kedua pula akan membabitkan 5,000 lagi graduan dengan sasaran lebih banyak pemain industri dari GLC.

Program itu dijangka dapat mengurangkan kadar pengangguran graduan selepas mereka tamat pengajian yang berjumlah 20,000 orang pada 2010. Fasa pertama program SL1M membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan 25 buah GLC adalah bagi penyertaan 3,000 graduan yang akan dibayar elaun RM1,000 sebulan.Graduan yang berminat boleh melayari laman web SL1M di www.epu.gov.my/sl1m.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

Wednesday, July 13, 2011

MAKNA


MAKNA - National Cancer Council Malaysia - Majlis Kanser Nasional
SEMUA AHLI MPP PRA-U MENJADI SUKARELA MAKNA. SEHUBUNGAN ITU DIHARAP SEGALA AKTIVITI YANG BERKAITAN MAKNA AKAN MENJADIKAN MPP PRA-U LEBIH MATANG DAN BERKARISMA.