Monday, August 1, 2011

‘SKIM SL1M TNB BANTU SISWAZAH’


sl1m

BANGI: “Selepas hampir setahun tidak bekerja tetap, saya bersyukur kerana terpilih menyertai skim ini, ” kata Siti Aisah Ahmad, 26, salah seorang daripada 378 graduan terpilih menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Tenaga Nasional



Berhad (TNB) di sini, semalam.





Siti Aisah yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, beliau memohon menyertai skim berkenaan kerana tertarik dengan tawaran diberikan TNB termasuk mempelajari latihan teknikal dan insaniah selama setahun, selain menjalani program itu di tempat asal pemohon dan diberikan elaun RM1,000 sebulan.





Katanya selepas majlis pelancaran SL1M oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, semalam, Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai kerani dan penyelia pasar raya kerana gagal dapat kerja dalam bidang berkaitan. Beliau percaya beliau mampu lebih menyerlah dan alhamdulillah, beliau akhirnya dapat menyertai skim ini di Kuantan bermula 1 Ogos. Turut hadir Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.






Sufian Sabtu, 27, lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata, program itu memberinya peluang mendalami bidang kuasa elektrik yang amat diminati selama ini. Beliau harap dapat jalani latihan ini dengan baik dan diterima berkhidmat di TNB.







SL1M dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan mendapat pekerjaan. Sebanyak 22 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit dalam memberi latihan kepada 5,000 graduan terpilih merangkumi kemahiran komunikasi, pemikiran kreatif dan analitikal, penyesuaian organisasi serta peningkatan sahsiah dan etika sebelum diberi latihan industri.

























Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment