Thursday, March 31, 2011

HARI TERBUKA PRA-U SMK GADONG

PRA-U SMK Gadong akan mengadakan Hari Terbuka PRA-U pada bulan April ini. Program ini melibatkan penyertaan dari PRA-U seluruh daerah beaufort dan akan berlansung selama satu hari sahaja. Pengisian program ini antaranya melibatkan:
1. Pameran
2. Gerai Jualan
3. Kempen Derma Darah
4. Persembahan Pelajar
Pengurusan MPP PRA-U SMK Gadong terlibat sepenuhnya dalam pengendalian program ini. Ini bagi mendedahkan para pelajar tentang aspek pengurusan dan pengendalian majlis. Diharap program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan menjadi tradisi dalam memartabatkan PRA-U daerah Beaufort.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT HALO GILAT


Program Bakti siswa PRA-U SMK Gadong yang diajdualkan pada 1 April 2011 terpaksa ditangguhkan kerana banjir. Sejak hari Khamis lagi air Sungai Padas semakin meningkat dan mengakibatkan Pekan Beaufort dan kampung-kampung berhampiran mengalami banjir. Insyaallah program tersebut akan dilaksanakan pada suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.

Thursday, March 10, 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT HALO GILAT

PADA 1 APRIL 2011, MPP PRA-U SMK GADONG AKAN MENGADAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI HALO GILAT. PROGRAM TERSEBUT BERTEPATAN DENGAN KEMPEN SAHSIAH SOLEH YANG DIANJURKAN MPP PRA-U PADA APRIL INI. ANTARA AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN IALAH:
1. PROGRAM DAKWAH
2. GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU
3. QIAMULAIL

DIHARAP PROGRAM INI AKAN MEMBERIKAN IMPAK YANG POSITIF KEPADA PERKEMBANGAN SAHSIAH PELAJAR PRA-U DAN MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA SESAMA MASYARAKAT.

GOTONG-ROYONG PERDANA SMK GADONG





TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 6 YANG HADIR MEMBERIKAN KERJASAMA MENJAYAKAN GOTONG-ROYONG PERDANA SMK GADONG. KERJASAMA BEGINILAH YANG MENJADIKAN TINGKATAN 6 SMK GADONG MANTAP DAN UNIK. DI HARAP PADA MASA AKAN DATANG PROGRAM SEBEGINI AKAN DIADAKAN LAGI UNTUK MENGERATKAN LAGU UKHWAH ANTARA PELAJAR DAN GURU.