Monday, July 18, 2011

GRADUAN BELUM KERJA DISARAN SERTAI SL1M


graduann

PUTRAJAYA: Graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian harus merebut peluang menyertai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang akan bermula Julai ini. Iklan-iklan dari beberapa

syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah kelihatan sebaik program SL1M ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Malah, ada antara iklan terbabit sudah ditutup lebih awal kerana menerima permintaan yang melebihi penawaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata iklan sudah pun dimuat turut di laman web syarikat utiliti itu di www.tnb.com.my sehari selepas pelancaran program itu. Mereka sudah mengambil 386 orang graduan. Beliau berkata kepada Bernama di Majlis Perasmian Sukan Teknikal TNB 2011

Che Khalib berkata, syarikat itu tidak menolak untuk mengambil graduan itu selepas mereka tamat mengikuti program terbabit sekiranya mereka benar-benar layak. Apa yang penting, kelulusan mereka adalah relevan kepada TNB.Mereka tidak akan mengambil graduan yang tidak mempunyai kelayakan yang betul untuk menyertai mereka.

Objektif program SL1M itu adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan. Peluang diberi untuk graduanmenimba pengalaman. matlamatnya bukan untuk diserap. Sebaik mempunyai pengalaman, mereka akan mudah mendapat pekerjaan.

Che Khalib berkata TNB memperuntukkan hampir RM80 juta bagi pembangunan sumber manusianya tahun ini. Bagi program SL1M ini, TNB memberi keutamaan kepada pemegang ijazah di dalam Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, dan Teknologi Maklumat.

Tinjauan di beberapa laman web GLC dan organisasi yang terbabit mendapati Telekom Malaysia terpaksa menutup iklan pengambilan program SL1M itu lebih awal berikutan respon yang amat menggalakkan. Iklan syarikat telekomunikasi itu sepatutnya ditutup pada 24 Jun ini.

Sementara itu, Kumpulan Maybank, dan Chemical Company of Malaysia Bhd masih membuka iklan pengambilan graduan pada tarikh yang sama yang akan berakhir pada 30 Jun dan Sirim Bhd pada 24 Jun.

Antara syarikat GLC atau organisasi lain yang mengambil bahagian ialah Affin Bank Bhd, Amanah Raya Bhd, UEM Group Bhd, UMW Holdings Bhd dan Bousted Holdings Bhd. Namun harapan masih ada kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata fasa kedua pula akan membabitkan 5,000 lagi graduan dengan sasaran lebih banyak pemain industri dari GLC.

Program itu dijangka dapat mengurangkan kadar pengangguran graduan selepas mereka tamat pengajian yang berjumlah 20,000 orang pada 2010. Fasa pertama program SL1M membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan 25 buah GLC adalah bagi penyertaan 3,000 graduan yang akan dibayar elaun RM1,000 sebulan.Graduan yang berminat boleh melayari laman web SL1M di www.epu.gov.my/sl1m.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment