Monday, September 24, 2012
CGPA 2.8 ADA TEMPAT DI IPT
!!!! Dengan Syarat Tak Memilih Kursus
Semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013, dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu, akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka.
"Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan majlis bersama rakyat menyambut bulan Ramadan Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, Khamis.
Perlu menunggu proses rayuan
Mohamed Khaled berkata, bagi pelajar yang mendapat CGPA bawah daripada 2.8, mereka perlu menunggu proses rayuan selesai, di mana rayuan melalui e-Rayuan akan ditutup Ahad ini.
"Kita dapati pada tahun ini pencapaian pelajar lebih baik daripada tahun-tahun dahulu. Jumlah pelajar yang mendapat CGPA 4.0 meningkat daripada tahun-tahun lalu kepada 3,800 pelajar. Oleh itu persaingan menjadi semakin sengit, walaupun syarat minimum masuk ke universiti ialah memperoleh CGPA 2.0 tetapi belum tentu ada tempat," katanya.
38,549 pelajar akan diambil ke IPTA
Beliau berkata, jumlah keseluruhan pelajar yang layak memasuki IPTA tahun ini ialah 38,549 orang di mana 13,500 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.
Mohamed Khaled berkata, kerajaan menyediakan program transformasi ekonomi bagi memastikan lepasan universiti tersebut mempunyai peluang pekerjaan dan bagi kerajaan negeri yang sealiran dengan kerajaan pusat adalah lebih mudah pembangunan dilaksanakan.
KPM MENGUTAMAKAN LEPASAN STPM
Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi awam (IPTA), berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi – maka KPM akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja.
Tambah KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya.
Juga, KPM menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM untuk ke IPTA (Bertambah 11% ) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00 lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang.
--Rujukan dari tahun 2002 sehingga kini
DARAH BABI DALAM ROKOK
Australia : Seperti yang kita tahu, rokok boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan mudarat terhadap kesihatan tubuh kita. Dan atas dasar itu ada mufti yang mengharamkannya. Namun penemuan terbaru membuktikan rokok itu memang haram bukan hanya kerana kemudaratan kesihatan sebaliknya kajian yang dilakukan oleh seorang Profesor di Sydney, Simon Chapman mendapati penapis rokok mengandungi darah babi.
Dalam kajian tersebut didapati 185 bahan yang berasaskan babi digunakan dalam industri termasuklah pengunaan hemoglobin dalam "Penapis Rokok". Kajian tersebut selari dengan kajian yang dijalankan oleh pihak Belanda yang mendapati hemoglobin dari babi digunakan dalam pemprosesan beberapa penapis rokok. Oleh itu fikir-fikirkanlah . . .
Sumber / AL ISLAM Okt 2012
Wednesday, August 8, 2012
KEISTIMEWAAN AL QURAN DAN MALAM LAILATUL QADAR
Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.
Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.
Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.
Rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya. Insyaallah.
AL QURAN TERBANG DI MEKAH
Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. [Petikan Warta Perdana]
Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. [Petikan Warta Perdana]
Monday, August 6, 2012
ALLAH MENGANGKAT MARTABAT HAMBANYA
Masyallah tabarakallah. Walaupun sebagai pekerja pembersihan, berkulit hitam, namun menjadi imam kepada bos, pegawai dan pihak yang lebih atas daripada imam tersebut. Allah mengangkat martabat hambaNya yang beramal soleh dan beriman untuk naik ke darjat yang mulia. Teringat kisah Saidina Bilal bin Rabah, hanya seorang hamba berkulit hitam, tapi diangkat martabat darjatnya oleh Allah SWT dan kemuliaan Bilal sehingga ke hari ini, sehingga kita dapat tahu waktu berbuka dalam berpuasa.
Sesungguhnya manusia tiada bezanya di sisi Allah SWT. Hanya iman dan amal sahaja yang membezakan antara makhluk Allah SWT di sisiNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


