Monday, September 24, 2012

JADUAL STPM STPM 2012

JADUAL STPM 2012

CGPA 2.8 ADA TEMPAT DI IPT




!!!! Dengan Syarat Tak Memilih Kursus

Semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013, dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu, akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka.

"Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan majlis bersama rakyat menyambut bulan Ramadan Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, Khamis.



Perlu menunggu proses rayuan

Mohamed Khaled berkata, bagi pelajar yang mendapat CGPA bawah daripada 2.8, mereka perlu menunggu proses rayuan selesai, di mana rayuan melalui e-Rayuan akan ditutup Ahad ini.

"Kita dapati pada tahun ini pencapaian pelajar lebih baik daripada tahun-tahun dahulu. Jumlah pelajar yang mendapat CGPA 4.0 meningkat daripada tahun-tahun lalu kepada 3,800 pelajar. Oleh itu persaingan menjadi semakin sengit, walaupun syarat minimum masuk ke universiti ialah memperoleh CGPA 2.0 tetapi belum tentu ada tempat," katanya.




38,549 pelajar akan diambil ke IPTA

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pelajar yang layak memasuki IPTA tahun ini ialah 38,549 orang di mana 13,500 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan menyediakan program transformasi ekonomi bagi memastikan lepasan universiti tersebut mempunyai peluang pekerjaan dan bagi kerajaan negeri yang sealiran dengan kerajaan pusat adalah lebih mudah pembangunan dilaksanakan.

KPM MENGUTAMAKAN LEPASAN STPM


Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon  lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi awam (IPTA), berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi – maka KPM akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja.

Tambah KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya.



Juga, KPM menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM  untuk ke IPTA (Bertambah 11% ) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00 lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang.
--Rujukan dari tahun 2002 sehingga kini

DARAH BABI DALAM ROKOK



Australia : Seperti yang kita tahu, rokok boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan mudarat terhadap kesihatan tubuh kita. Dan atas dasar itu ada mufti yang mengharamkannya. Namun penemuan terbaru membuktikan rokok itu memang haram bukan hanya kerana kemudaratan kesihatan sebaliknya kajian yang dilakukan oleh seorang Profesor di Sydney, Simon Chapman mendapati penapis rokok mengandungi darah babi. 


Dalam kajian tersebut didapati 185 bahan yang berasaskan babi digunakan dalam industri termasuklah pengunaan hemoglobin dalam "Penapis Rokok". Kajian tersebut selari dengan kajian yang dijalankan oleh pihak Belanda yang mendapati hemoglobin dari babi digunakan dalam pemprosesan beberapa penapis rokok. Oleh itu fikir-fikirkanlah . . .

Sumber / AL ISLAM Okt 2012