Wednesday, August 8, 2012

KEISTIMEWAAN AL QURAN DAN MALAM LAILATUL QADAR


Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.
Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.
Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.
Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.
Rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya. Insyaallah.

AL QURAN TERBANG DI MEKAH

Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. [Petikan Warta Perdana] 

Monday, August 6, 2012

ALLAH MENGANGKAT MARTABAT HAMBANYA


allah angkat martabat, orang taat, jadi imam, gambar

Masyallah tabarakallah. Walaupun sebagai pekerja pembersihan, berkulit hitam, namun menjadi imam kepada bos, pegawai dan pihak yang lebih atas daripada imam tersebut. Allah mengangkat martabat hambaNya yang beramal soleh dan beriman untuk naik ke darjat yang mulia. Teringat kisah Saidina Bilal bin Rabah, hanya seorang hamba berkulit hitam, tapi diangkat martabat darjatnya oleh Allah SWT dan kemuliaan Bilal sehingga ke hari ini, sehingga kita dapat tahu waktu berbuka dalam berpuasa.

Sesungguhnya manusia tiada bezanya di sisi Allah SWT. Hanya iman dan amal sahaja yang membezakan antara makhluk Allah SWT di sisiNya.

Sunday, August 5, 2012

PETUA MENCARI LAILATUL QADAR


Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

TAWARAN BIASISWA JPA


Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2012/2013 di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta terpilih untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

(6 - 12 OGOS 2012)


TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA
MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA
BAGI SESI 2012/2013

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2012;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
  • Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 6 Ogos 2012 dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my;
  • Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  • Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  • Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012”;
  • Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2012” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat pidn2011@jpa.gov.my.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my pada 21 September 2012 (Jumaat).

Sila muat-turun iklan lengkap DI SINI untuk butiran lanjut.
Ketahui FAQ mengenai Program Penajaan Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 DI SINI.

Baca selanjutnya: http://jomstadi.blogspot.com/2012/08/tawaran-biasiswa-jpa-untuk-peringkat.html#ixzz22jocXWjX